top of page

TESTIMONI

ERNO LASZLO

"Beatiful skin requires commitment, not a miracle"

PENGENALAN

PRODUCT KOREA

Kecantikan kulit orang KOREA menjadi buah mulut diseluruh dunia, bagaimana dan cara menjaganya selalu bermain difikiran semua wanita. Kita tahu bahawa orang korea ni membuat plastik surgery dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi, tetapi mereka hanya menggunakan 10 langkah sahaja untuk penjagaan kulit yang betul setiap hari, dan produk yang digunakan kebanyakannya dr sumber semula jadi yang tidak banyak menggunakan bahan kimia berbahaya, yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

​

       Dan paling memeranjatkan apabila produk korea ini menjadi satu KETAGIHAN bagi semua wanita di seluruh dunia, bukan hanya yang membuat plastik surgery, malah yang kulit masalah biasa juga telah mencubanya, ini kerana ia sangat selesa, berkesan dan dapat menyelesaikan masalah kulit muka sehingga dari dalam.

​

         Produk Korea yang telah memasuki kawasan MALAYSIA adalah seperti INNISFREE, ETUDE HOUSE, NATURE REPUBLIC, THE FACE SHOP, TONY MOLY, LANEIGE dan SKIN FOOD. Produk ini telah mendapat kelulusan untuk masuk kedalam malaysia dan ia terbukti produk HALAL. Tetapi kita sebagai pengguna haruslah waspada dengan setiap kandungan yang ada di dalam produk penjagaan yang kita nak guna.

​

​

PRODUCT DERMAGS

     DERMAGS merupakan projek PHD oleh pengasasnya iaitu Dr.Mariani Abd Hamid dimana beliau telah menerima biasiswa penuh dari Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti of Seoul Korea. Bersama-sama menjayakan Dermags ini adalah Prof. Park Chang Cheo Director of Korean Internatioanal Cosmetic Research merupakan penyelia dan pembimbing untuk menghasilkan produk Dermags.

 

    Prof. Park Chang Cheo adalah pakar kosmetik terulung di korea yang telah terlibat secara langsung dalam mewujudkan jenama-jenama kosmetik terkemuka di korea seperti LANEIGE,AMORE PACIFIC,HANSKIN & TONY MOLY adalah antara produk yang lahir dari tangan beliau.

​

     Hasil kajian yang dilakukan selama 3 tahun oleh Dr. Mariani Abd Hamid ketua Penyelidikan Kosmeseutikal Dan Wangian Institusi Pembangunan Bioproduk UTM mendapati buah tempatan iaitu buah MANGGIS terbukti membawa satu kelebihan yang luar biasa, ia didapati di dalam kulit manggis tersebut, luarannya gelap dalamnya putih mampu membuatkan kulit seseorang kelihatan cerah bersih dengan Alpha-Mangostin. Kini terhasilnya produk DERMAGS yang menggunakan teknologi nano berasaskan kulit Manggis (Alpha-Mangostin) dan ia adalah satu produk penjagaan kulit muka yang 100% natural based.

​
 

IMG_20180802_081706.jpg
IMG_20180802_081516.jpg
IMG_20180802_081544.jpg
IMG_20180802_081635.jpg
IMG_20180802_081612.jpg
bottom of page