top of page
  • Writer: Product Korean & Dermags
    Product Korean & Dermags
  • Jul 30, 2018
  • 2 min read

Updated: Aug 2, 2018


1) Ketahui jenis kulit muka


Mengikut kata Dr.Leslie Baumann, M.D, a dermatologist and founder of the Cosmetics Medicine and Research at University of Miami memberi langkah yang betul untuk mengetahui jenis kulit muka,


Langkah 1

Bersihkan muka dengan air suam, jangan gosok,basuh sahaja

Langkah 2

lap muka dengan kain lembut,dap2 sahaja bg kering,kemudian tunggu selama 45 minit,

JIKA

Kulit Kering = mengelupas, kasar, dan bersisik

Kulit berminyak = berkilat,berminyak, dan mempunyai liang pori yang besar

Kulit gabungan kering (pipi) & berminyak (dahi,hidung, dagu dan T-Zone)

Kulit Sensitif = menyengat, membakar, gatal selepas gunakn produk dan kemerahan

Kulit kusam = kulit tidak sekata dan gelap


2) RAJIN


Semua idamkan kulit cantik,bersih dan licin. Tetapi sifat malas untuk mengikut step tu agak ramai dikalangan wanita. Jadi tanamkan dalam diri, mulakan hari baru dengan produk baru untuk cantik kan kulit, buat dengan penuh consistant. Kena RAJIN...Kalau malas jugak,cr produk yang boleh mencantikkn kulit dari dalam,cari produk yang less makeup,kulit neutral cantik ni sebnrnya nampak lebih cantik,cantik luar dan dalam,bukan cantik kerna makeup yg tebal. Contoh produk less makeup ni seperti Dermags (100% produk neutral based).


3)Double Cleansing


Gunakan removal makeup yang sesuai dengan jenis kulit, jangan pikir 2x nak beli removal makeup ni, removal makeup ni menghalang kulit tersumbat oleh bahan2 makeup yang tidak dibersih dengan elok. Dah seharian makeup, seharian terdedah dengan kotoran dan habuk, jd masanya membuang segala kotoran dimuka,cuci dengan lembut dan bersih, buang segala blackhead & whitehead,selepas itu jangan lupa mula cuci dengan air suam, baru mula gosok perlahan-lahan membuang makeup dan cell kulit mati, bilas muka dengan air biasa je, kemudian baru lah cuci muka dengan sabun pembersih muka yang khas untuk jenis kulit muka, dan baru lah lap muka dengan kain yang lembut. Teknik ni membantu kulit muka tidak berjerawat dan hilangkan blackhead, nak kulit cantik & licin perlu lah ada usaha yaa!!


Kata Montclair,New Jersey Dermatologist Dr. Jeanine Downie

" Banyak pembersih muka tidak dapat menanggal concealer /bedak sepenuhnya, terutama sekitar mata dan hidung. Gunakan krim berasaskan minyak untuk membuang segala makeup dan kotoran dengan sempurna dan bersih". Contoh krim berasaskan minyak seperti produk korean ini Banila Co & All clean Balm Heimish yang sangat laku keras dan semestinya ia mampu menanggalkan sgala kotoran yang melekat dimuka seharian...


Bila muka dh bersih dah cuci segala makeup ni baru la solat pun terjaga

ingat kawan2, nak makeup tidak salah, tapi biar solat terjaga dengan air sembahyang yang sempurna, jangan sayangkan makeup anda tidak solat lak, tu adanya produk less makeup supya neutral cantik dan mudah untuk diuruskan. Contoh produk less makeup adalh Dermags, ia dijamin halal dan sangat berkesan kepada semua jenis kulit



ini ada contoh gambar 10 step yang perlu diambil tahu untuk mendapat kulit yang cantik

 
 
 
  • Writer: Product Korean & Dermags
    Product Korean & Dermags
  • Mar 18, 2018
  • 2 min read

Updated: Aug 2, 2018


Pada permulaan membeli pencuci muka NEOGEN Real Fresh Foam Green Tea dan beli Scrub muka jenama SKINFOOD Black Sugar Mask Wash.


First guna pencuci muka NEOGEN buih2 tu time apply kt muka biasa je, boleh jamin ke buih2 ni baik untuk muka, bila dh bilas muka tu, fuh!!!, kulit terasa lembut dan hidung rasa licin..best wei...puas hati.., lepas cuci muka, guna Scrub muka, ingatkan lepas cuci muka boleh sental muka ni, rupanya SALAH, kena LAP kering dulu muka, dengan kain, dh kering muka bru guna SCRUB MASK ni, gosok dengan penuh kasih sayang, dan lemah lembut, biarkan selama 10/15minit mask tu kt muka, then bru cuci muka dengan air suam (kadang2 je guna air suam tu),wah....betul apa yang orang cakap, sesiapa yang guna benda ni, tau mcmna rasanya..muka saya rsa lagi lembut dari first saya cuci tadi,biar btul.....yee, mmng betul dan saya telah melaluinya, memang best sangat guna, patut cepat habih produk ni..saya tersangat lh puas hati..hampir sebulan penggunaan, saya boleh rasa yang muka sentiasa nampak fresh, lembut dan licin.


Kemudian saya beli toner, eye cream & suncream..saya stop guna pencuci muka yg saya beli sebab nk tunggu produk ni, nk pkai semua dalam msa yg sama lh katakan. 2 hari je tunggu, brang dh smpi, cepat dan barang pun original dari korea...saya beli di IG ni (Tekan sini)


Nak cantik kena berani mencuba, banyak membaca dan mencari mengenai produk yang kita nk guna, beli bukan nk guna sehari dua, nk guna sampai habis dan pastinya berkesan..


Bila barang rasa dh cukup untuk saya guna, saya mula pakai., step by step, tapi ada kurangnya tidak ada moisturizer, saya korek balik produk yang saya pernah beli dulu, jumpa BIO-OIL, baca balik review pasal BIO OIL, bagus jugak produk ni yee, main beli je tak baca, ok dah complit dah, saya ni mengalami kulit muka yang sangat2 kering dan kusam, ia sangat membantu saya.


Penggunaan yang kosistan dan rajin membuatkan kulit saya bertindak balas dengan sihat. Ini yang saya cari selama ni, memiliki kulit yang sihat dan tidak kusam, bukan mencari produk untuk memutihkan wajah, cukup dengan kelembapan dikulit wajah menunjukkan ianya sihat dan sekata. SANGAT BERPUAS HATI...


Ini produk yang saya guna

1) Cuci muka=Neogent real fresh foam green tea (waktu pagi)

cuci muka = Eversoft avokado (waktu malam)

2) Exfoliate (Scrub muka untuk buang sel kulit mati)=Skinfood brown sugar mask wash

3) Toner= Cosrx (Aha/Bha-untuk kecikkn liang pori muka)

4) Bio-Oil=guna 2 titik je, sapukn seluruh kulit muka untuk sekatakan kulit dan lembapkan kulit

5) Eye cream= Innesfree green tea seed

6) Suncream SPF= Innesfree triple care uv protection cream untuk melindungi kulit dari sinaran UV

7) Foundation = Safi balqis warna hijau


ini step waktu pagi

1,2,3,4 & 5, if nak keluar rumah saya terus je guna step no 6 & 7

waktu nk solat, saya akan cuci muka dengan eversoft sahja, lepastu saya bolh solt.


Step waktu malam

1,3,4 & 5 (hanya 4 step)bila bgun tidur saya akan rasa kulit muka lembap dan tidak kering


*Peringatan=Bio-Oil guna selama 3 bulan sahaja


Dalam perancangan, selepas 3 bulan stop guna BIO OIL, beli serum dan moisturizer pulak.. InsyaAllah


  • Writer: Product Korean & Dermags
    Product Korean & Dermags
  • Mar 18, 2018
  • 2 min read

Updated: Aug 2, 2018

Bila banyak guna dan cuba produk kosmetik ni, baru lah tau kesannya, sehingga mengalami kulit muka yang sangat teruk dan digelar mempunya penyakit kulit SLE di bahagian muka....


Sangat suka mencuba benda yang baru, bila ada je iklan di TV, mudah sangat terpengaruh, bila tengok orang pakai pun nk cuba, disebabkan rasa tidak puas hati dengan produk yang digunakan, akhirnya memakan diri. Keinginan untuk memiliki kulit muka yang cantik, sekata, sihat dan tidak kusam adalah impian setiap wanita. Tidak suka dengan makeup yang tebal dan terasa berat di muka, memaksa diri untuk mencuba dengan pelbagai produk kosmetik.


Suatu hari, mengalami kulit muka mengelupas diseluruh muka, apabila terkena cahya matahari, kulit muka terasa pedih dan kemerahan sakit dibahgian pengelupasan. Ramai orang bertanya kenapa dengan muka, perasaan malu nk keluar rumah mula timbul, muka bertambah sakit bila terkena sinaran matahari, sakit dan pedih hanya Allah sahaja yang tahu. Rujuk dengan pakar kulit dan dia sahkan saya menghidap penyakit SLE, dan perlukan rawatan pakar, Tetapi tidak percaya dan cuba guna ubat yang doktor bagi, BERHENTI semua produk yang selalu guna, hanya guna lotion VITAMIN E yang doctor telah sarankan, alhmdulillah,memang berkesan untuk kulit muka, ia beransur PULIH. Selama bertahun2 tidak menggunakan apa2 jenis produk kecantikan, takut benda sama berulang lagi, nk pulihkn muka jadi elok makan masa bertahun, serik dan trauma. Apabila keadaan muka sudah elok, stop guna lotion vitamin E, dan ada pernah membeli produk lain,tp bila muka mnjadi sangat kering, berhenti serta merta adalah jalan terbaik, cuma sekarang guna pencuci muka EVERSOFT, tu je lah pencuci muka yang tidak keringkan muka, walaupun tidak ada effect sekatakan kulit, janji ada la satu produk yang boleh cucikan muka yang kusam ni.


Tahun 2018 pula mengalami tekana apabila melihat kulit muka yang tidak cantik, kasar, tidak sekata, lingkran gelp dibawah mata yg sangt teruk, dan apabila orang mula menegur mengenai kulit muka, bertekad nk mencuba balik, sebelum ni ada mencari dan membeli, tetapi bila 2/3 hr pakai muka jadi kering, terus STOP..dan sekarang tengah viral produk korea, perasaan ingin mencuba datang secara tiba-tiba. Mula mencari sumber2 yang boleh dipercayai, rujuk sumber 2 dari doctor pakar, banyak melihat feedback dari orang yang telah menggunkan produk korea ni, telah mendorong untuk MENCUBA, Kebanyakkan semua bahan2 yang digunakan adalah bahan2 semulajadi dan di korea sendiri mengharamkan penggunaan binatang untuk menguji produk yang mereka keluarkan. Isu ini sangat diberi perhatian dan sangat sensitif dikalangan orang islam.



sambung di bahagian 2

bottom of page