Pengalaman...Bahagian 1
- Product Korean & Dermags
- Mar 18, 2018
- 2 min read
Updated: Aug 2, 2018
Bila banyak guna dan cuba produk kosmetik ni, baru lah tau kesannya, sehingga mengalami kulit muka yang sangat teruk dan digelar mempunya penyakit kulit SLE di bahagian muka....
Sangat suka mencuba benda yang baru, bila ada je iklan di TV, mudah sangat terpengaruh, bila tengok orang pakai pun nk cuba, disebabkan rasa tidak puas hati dengan produk yang digunakan, akhirnya memakan diri. Keinginan untuk memiliki kulit muka yang cantik, sekata, sihat dan tidak kusam adalah impian setiap wanita. Tidak suka dengan makeup yang tebal dan terasa berat di muka, memaksa diri untuk mencuba dengan pelbagai produk kosmetik.

Suatu hari, mengalami kulit muka mengelupas diseluruh muka, apabila terkena cahya matahari, kulit muka terasa pedih dan kemerahan sakit dibahgian pengelupasan. Ramai orang bertanya kenapa dengan muka, perasaan malu nk keluar rumah mula timbul, muka bertambah sakit bila terkena sinaran matahari, sakit dan pedih hanya Allah sahaja yang tahu. Rujuk dengan pakar kulit dan dia sahkan saya menghidap penyakit SLE, dan perlukan rawatan pakar, Tetapi tidak percaya dan cuba guna ubat yang doktor bagi, BERHENTI semua produk yang selalu guna, hanya guna lotion VITAMIN E yang doctor telah sarankan, alhmdulillah,memang berkesan untuk kulit muka, ia beransur PULIH. Selama bertahun2 tidak menggunakan apa2 jenis produk kecantikan, takut benda sama berulang lagi, nk pulihkn muka jadi elok makan masa bertahun, serik dan trauma. Apabila keadaan muka sudah elok, stop guna lotion vitamin E, dan ada pernah membeli produk lain,tp bila muka mnjadi sangat kering, berhenti serta merta adalah jalan terbaik, cuma sekarang guna pencuci muka EVERSOFT, tu je lah pencuci muka yang tidak keringkan muka, walaupun tidak ada effect sekatakan kulit, janji ada la satu produk yang boleh cucikan muka yang kusam ni.
Tahun 2018 pula mengalami tekana apabila melihat kulit muka yang tidak cantik, kasar, tidak sekata, lingkran gelp dibawah mata yg sangt teruk, dan apabila orang mula menegur mengenai kulit muka, bertekad nk mencuba balik, sebelum ni ada mencari dan membeli, tetapi bila 2/3 hr pakai muka jadi kering, terus STOP..dan sekarang tengah viral produk korea, perasaan ingin mencuba datang secara tiba-tiba. Mula mencari sumber2 yang boleh dipercayai, rujuk sumber 2 dari doctor pakar, banyak melihat feedback dari orang yang telah menggunkan produk korea ni, telah mendorong untuk MENCUBA, Kebanyakkan semua bahan2 yang digunakan adalah bahan2 semulajadi dan di korea sendiri mengharamkan penggunaan binatang untuk menguji produk yang mereka keluarkan. Isu ini sangat diberi perhatian dan sangat sensitif dikalangan orang islam.
sambung di bahagian 2
Comments