Newbie dalam Korean Skincare Routine
- Product Korean & Dermags
- Feb 18, 2018
- 5 min read
Updated: Aug 2, 2018
APA yee Step routine skin care ni???

Mesti ramai teringin nk guna produk korea ni kan, Tetapi takut nak mencuba dan banyak soalan yang bermain kt fikiran ni, macm soalan ni, confirm semua pernah terpikirnya..
Eh,betul ke Step ni??
apa bende double cleansing pulak ni??
ish,berbaloi ke kalau beli??
serum & essence,apa benda ni,pencuci muka ke??
halal ke produk korea ni??
hish,xberni la beli,kang tak pakai pulak
10 Step kne pakai setiap hari!!,biar betul
haaaa...mesti pernah lalui kan. Tetapi sesiapa yang dah mencuba tu korang memang seorang yang BERANI dan nk kulit cantik sihat..tepuk tgn untuk diri sendiri..clap..clap..clap
So, Kepada yang baru nk mencuba,berjinak-jinak dan dah cuba tp tak tau bnda apa yang wajib pakai dan xperlu pakai..Baca entri bawah ni secara teliti dan paham, dah paham cuba buat yeee. Kalau baca tak buat, rugi la sebab dh tau tapi tak praktikkan, nak kulit cantik sihat dan glowing, Kna cuba STEP ni, tetapi sebelum guna step ni, baca dulu kelebihan disetiap step ye.
Step 1 - Makeup Remover @ Oil Cleanser
Step ni khas kepada yang suka makeup, selalu digunakan pada waktu MALAM sebelum tidur dan sebelum mula mencuci muka, kepada yang tidak suka makeup tidak perlu pun guna makeup remover ni, TETAPI ia bagus untuk mencuci kotoran minyak diwajah, kan sehari dah kita terdedah kotorn diluar rumah. Jadi ia memang bagus untuk membersihkan kotoran dikulit muka. Cucian dengan air suam lagi bagus tau.
Persoalan bermula "boleh ke orang yang mempunyai kulit berminyak menggunakan produk ini?" cosmetic dermatologic surgeon Dr.Ariel Ostad mengatakan bahawa sesetengah minyak yang dihasilkan secara semulajadi atau dari bahan makeup digalakkan mencuci degn makeup removal @ Oil Cleanser sebabnya ia membantu membuangkan minyak yang buruk dan menggantikan minyak yang baik, Seperti produk Banil Co yang banyk sngt manfaatnya.
Step 2 - Water-based cleanser
Water based cleanser ni ada banyak jenis, Foaming(bersift berbuih), sabun ketul, dalm bentuk gel atau jelly, dan stu lg Micellar Water, pilih lah cleaser yang terbaik dan berkesan untuk kulit muka.
Bagi yang kulit muka berminyak,sesuai menggunakan cleaser gel, untuk elak jerawat guna cleanser yang PH lebih tinggi yang boleh membuang minyak dikulit muka. Pastinya cleanser yang terbaik setakat ni adalah dr NEOGEN real fresh foam dan ini lah dikatakan DOUBLE CLEANSER (Step 1 + Step 2).
Step 3 - Exfoliator
ini bahagian SCRUB mencuci dan menggosok muka menggunakan bahan yang kasar. Tetapi kita menggosok muka dengan penuh kasih sayang, penuh dengan kelembutan. Kepada yang ada kulit sensitive tu rasanya tak digalakkan ye. Gosok dengan lemah lembut supaya kulit muka kita tidak terasa sakit. SCRUB terbaik adalah HOMEMADE SCRUB yang diperbuat dripada BERAS, memang tidak ada campuran bahan kimia,tp kalau malas nk buat,beli je lah dh ada orang jual tau SCRUB BERAS ni,memang terbaik dan berkesan membuang blackhead/whitehead kt hidung. Tetapi kalau nak yang ada brand boleh guna produk korea ni Skinfood Black Sugar Mask Wash Off & Skinfood Rice Mask Wash Off ini kalau SCRUB. If nk cuba guna tanpa SCRUB pun boleh,try guna NEOGEN Bio-Peel Gauze Peeling Green Tea, ini sapu2 je dengan kapas yang dah pun disediakan, lagi cepat dan mudah. Guna 2x seminggu je tau..jangan pulak guna hari2,nanti kulit muka ada iritasi pulak.
Step 4 - Toner
Step 4 ni bahagian toner, ia adalah persediaan utama selepas melakukan DOUBLE CLEANSER, Toner amat penting untuk mengimbangkan kelembapan dikulit wajah dan dapat menghapuskan sebarang kekotoran yang tidak dapat dikeluarkan ketika membersih muka.
2 cara yang boleh digunakan, pertamanya tuangkan sedikit ditapak tangan,lepastu dap dap je ke muka, biar toner meresap masuk kedalam muka,ia bagus untuk mendapat kelembapan diwajah dan sangat bagus di apply pada waktu pagi sebelum keluar dari rumah, dan keduanya tuangkan di kapas,dan sapu disekitar wajah dan leher, ia juga mampu membuang sel2 kulit mati di kulit wajah. Ia bagus digunakan sebelum tidur. Toner yang viral dan berkesan untuk digunakan adalah drpd Brand SON & PARK beauty water, Time Revolution Clear Toner Missha, dan Cosrx Galactomyces Alcohol-Free Toner
Step 5 & 6- ESSENCE/SERUM/AMPOULES
INI bahagian yang agak rumit dan sama fungsinya, ketiga2 bahan dilakukan selepas apply toner dimuka, ia mampu untuk menghidrat dan membantu pembaikan kulit dan pembentukan sel. Tadi kita banyk buang kotoran dan sel kulit mati kan, jadi guna 3 produk ni ia mampu mengembalikan kecantikan diwajah dan nampak kulit wajah sihat dan FRESH.
Jadi, buat lah pilihan yang tepat untuk kulit muka, Essence ke,serum ke ampoules ke semua mampu mengembalikan sel kulit muka yang baru, kalau rasa nk bajet dan suka simple dalam makeup, amik je salah stu antara 3 jenis ni pun dah cukup. Contoh produk terbaik adalah drpd COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence, dan Missha Time Revolution First Treatment Essence Intensive Moist.
Step 7 - Sheet Mask
bahagian Sheet Mask ni lagi best. Harga pun murah,guna tidak kisah bila2 pun, ada masa free nk relax tu boleh la tempek sheet mask ni kt muka, kalau malas buat 2x seminggu je..kandungan pun ada mengandungi serum @ essence. Selepas penggunaan Sheet Mask ni, akan terasa kulit lembut sgt, macam mana nk bgatau keberkesanannya,kena cuba sendiri baru tau mcm mana rasanya. Sheet Mask yang orang selalu beli, dan banyk review mengatakan ia bagus adalah Mask dari Skinfood Hydro Fitting Snail Mask Sheet (Set of 5), Missha Super Aqua Cell Renew Snail Hydro Gel Mask dan Missha First Treatment Essence Mask.
Step 8 - Eye Cream
Gelap di bawah mata ni mamng akan terjadi dan akan menjd lg teruk bila kita tidur lambt dan slalu gosok mata dengan kuat. Yee,kita perlukan rawatn mata, Cara murah,guna je kangtung tea.Semasa kita letak mask di muka tu boleh la letak sekali kangtung tea ni kt mata,.Tetapi sekarang pun dh ada Eye cream. lepas je cuci muka guna sheet mask,terus boleh letak dulu eye cream dan lepastu baru letak cream moisturizer. Dah ada cream rawatn mata ni mudah la skit kerja kn.Yang pasti cari yang berkesan, contoh eye cream yang popular sekrang ialah TONY MOLY Intense Care Gold Snail Eye Mask 90g & TONY MOLY Panda'S Dream Contour Stick 2.5g
Step 9 - Moisturizer
haaa...Pelembap ni wajib guna tau,ia adalah penghidratan bagi kulit muka untuk kulit berminyak, bersinar, jadi penting untuk mencari pelembap yang berfungsi mengikut jenis kulit. Moisturizer datang dalam pelbagai bentuk, losyen, gel, atau krim yang semua berfungsi untuk mengekalkan kelembapan untuk menutup kulit yang pecah dan melicinkan sebarang garis halus. Letakkan pelembap ke muka dan leher anda pagi dan malam setiap hari.
Pelembap adalah sangat penting untuk rutin penjagaan kulit. Ia membantu menjadikan kulit tetap terhidrasi. Teknik penggunaan pelembap ni sapu dimuka dalam keadaan menaik ye, dan cari pelembap dengan SPF yang tinggi waktu siang. Orang yang mempunyai kulit berminyak perlu memilih pelembap ringan seperti berbentul gel manakala orang yang mempunyai kulit kering harus menggunakan krim/lotion. Pelembap yang mendapat perhatian ramai ialah Missha Super Aqua Cell Renew Snail Cream
.
Step 10 - Suncare S.P.F
Cahaya Matahari adalah faktor yang paling merosakkan kulit dan penyebab utama kanser kulit. Itulah sebabnya menggunakan pelembap yang mengandungi SPF adalah kunci untuk melindungi kulit dari sinar UV yang merosakkan dan mengekalkan wajah yang muda dan sihat.
Walaupun anda melangkah keluar selama beberapa minit, anda mesti memakai pelindung matahari. Ini adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk mencegah penuaan pramatang.
Diguna pada waktu pagi dan adalah amat penting untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Dalam produk korea, pelembab yang terbaik dan mendapat perhatian ramai seperti Missha Perfect Cover BB Cream SPF 42 PA+++, INNISFREE DAILY UV PROTECTION CREAM MILD SPF35 PA++ (50ML) and COSRX ALOE SOOTHING SUN CREAM SPF50 PA+++ 50ML.
KESIMPULANNYA
Misi kulit korea bermula dengan 10 step ni nampak agak leceh sebenarnya, tetapi ia dapat merubah kulit muka jadi lebih baik dari sebelum ni, jangan pulak lupa jaga kesihatan, Makanan paling penting sebenarnya, jadi makan pun kana la jaga,jangan main bedal je. Paling penting dalam10 step ni boleh cuba dulu 5 Step yang important skin step routine iaitu Water based cleanser, Scrub, Essence, Toner & Moisturizer. Kepada Newbie, ingat wajib pakai kalau nak dapat kulit yang sihat dan cantik dan di lain entri kita cari gali halal produk korea pulak ye.
Comments