top of page

ALKOHOL

  • Writer: Product Korean & Dermags
    Product Korean & Dermags
  • Feb 11, 2018
  • 2 min read

Updated: Aug 2, 2018


Dalam Produk Kosmetik ada ALKOHOL?, boleh buat solat ke produk ni......

ALKOHOL???


Sekali lagi rasa tidak selesa dengan produk yang mengandungi alkohol ni, tetapi alkohol dalam kosmetik ni bukan alkohol yang orang minum, yang orang minum tu adalah ARAK, tetapi setiap minuman arak ada mengandungi alkohol.


Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis, dalam pembuatan kosmetik dan minyak wangi alkohol yang terhasil melalui proses penapaian dan peratusan alkohol di dalam kosmetik atau minyk wangi yang TIDAK memabukkan adalah TIDAK NAJIS & DIHARUSKAN PENGGUNAANNYA menurut Majlis Fatwa Kebangsaan. .

"Baca Dengan Teliti"

Alkohol dan arak adalah dua perkara yang berbeza.

  1. Alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

  2. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum

  3. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

  4. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

  5. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

  6. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum

"Kesan Alkohol dalam kosmetik"

Alkohol ni berkesan untuk orang yang mukanya berminyak, boleh katakan yang jerawat lah. Mampu untuk menyingkirkan minyk di kulit muka dan bagus untuk mengelak dari proses penuaan.

Alkohol juga mampu membuatkan kosmetik diwajah kita bertahan lebih lama dan nampak kulit muka lebih fresh.


TETAPI...kalau rasa tidak selesa dengan produk yang ada mengandungi alkohol, boleh guna produk yang ALCOHOL FREE, salah satu contoh toner yang tidak mengandungi alkohol ialah produk dr NEOGEN-Real Flower Cleansing Calendula.


Comments


bottom of page