MINERAL OIL (Minyak Mineral)
- Product Korean & Dermags
- Feb 11, 2018
- 2 min read
Updated: Aug 2, 2018
Ketahui tentang mineral oil didalam produk kosmetik

Mineral Oil adalah bahan kimia yang tidak memenuhi standard 'naturals' dalam kosmetik dan ia adalah salah satu BAHAN KIMIA yang tidak berbahaya dan sangat selamat untuk digunakan pada kuantiti yang sedikit.
Mineral oil ini ada pelbagai nama berbeza yang digunakan di dalam produk kosmetik seperti heavy mineral oil, light mineral oil, liquid paraffin, liquid petrolatum, mineral oil mist, paraffin oil, paraffinum liquidum, petrolatum liquid, petroleum oil, white mineral oil and white oil. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, campuran hidrokarbon ini akan dirujuk dalam laporan ini sebagai mineral oil. Ia dikenali oleh CAS sebagai 8012-95-1; 8020-83-5 (wh.); 8042-47-5 (wh.); 39355-35-6; 79956-36-8; 83046-05-3; EINECS / ELINCS 232-384-2; 232-455-8 (wh.); INS905a.
USP (Amerika Syarikat Pharmacopeia) atau BP (Farmakopeia British) telah mengesahkan minyak mineral selamat, menenangkan, tidak sensitif dan sangat bermanfaat untuk kulit.
“Mineral oil baik untuk bayi??”
menurut pangkalan data Drugs.com,. Mineral oil (#mineraloil) adalah hidrokarbon yang dibuat dari petroleum sulingan, pakar pediatrik William Sears, pengarang "The Family Nutrition Book" juga menyatakan kebimbangan tentang pengambilan mineral oil untuk bayi. Jadi kalau boleh, elak la dr guna bahan kimia kpd BAYI(#bayi).
Sekiranya dh terguna dan ada nampak kesan seperti ruam, bengkak di sekitar mulut atau pendarahan rektum, atau jika dia gagal membuang air dalam masa enam hingga lapan jam. Kesan sampingan biasa penggunaan mineral oil termasuk loya, sakit perut dan kekejangan. Kesan sampingan kurang biasa termasuk cirit-birit, muntah dan mengurangkan penyerapan nutrien daripada makanan. Sesetengah bayi mungkin mengalami tindak balas alergi terhadap mineral oil. Dapatkan perhatian perubatan segera jika bayi anda menunjukkan kesan sampingan ini.
“Mineral oil penyebab jerawat??”
Tidak ada kajian yang menunjukkan bahawa mineral oil boleh menyebabkan jerawat, sebab yang boleh mencetuskan jerawat adalah kerana kosmetik dimuka agak tebal dan berat. Oleh itu, apabila kita makeup, ketebalan bahan boleh menghalang pelepasan minyak keluar dari permukaan kulit, Tetapi pada sesiapa yang mempunyai kulit yang sangat kering digalakkan untuk menggunakan produk yang mengandungi mineral oil. Journal of Cosmetic Dermatology telah melaporkan bahawa mineral oil tidak menyebabkan jerawat di muka.
DAN tak hairan lah ada produk yang menggunakan mineral oil ni, sebab memang terbukti keberkesananya dalam melembabkan kulit dan tidak membahayakan,TETAPI pada yang ada mengalami jerawat yang teruk sebaiknya rawat dulu jerawat sebelum mengunakan produk yang baru.
“Mineral oil sebabkan cancer??”
Ada ke orang malaysia prihatin dengan bahan2 kimia ni, sy sendri pengguna kosmetik pun tidak pernah ambil tau mengenai kandungan didalam kosmetik, bila saya sendri menjual produk korea,sy terfikir untuk melihat bahan2 didalamnya untuk dikongsikan kepda semua orang,yang ada amik tau tu bagus lah,tapi tak salah kalau kita berkongsi apa yang kita dapat jumpa.. Kebimbangan di sini bukan mengenai minyak mineral itu sendiri, tetapi bagaimana bahan tercemar termasuk semasa proses penapisan. Hanya mineral oil yang sangat halus yang boleh digunakan dalam produk kosmetik, bagaimanapun, dan setakat ini, tiada kajian telah membuktikan bahawa jenis Mineral oil ini menyebabkan kanser (#cancerincosmetic).
nak tau produk mana yang ada mineral oil??
kalau nk list agak banyak sebenarnya,just tekan di link ni (Tekan sini),boleh tengok detail kandungan yang digunakan didalam kosmetik. Salah satu kosmetik korea yang ada mineral oil adalah BANILA CO CLEAN IT ZERO (#banilaco).
KESIMPULANNYA, produk kosmetik ni memang akan campur dengn bahan kimia tp dengan kauntiti yang sedikit dan telah mendapat kelulusan dari U.S. Food and Drug Administration (FDA).
(#FDA #kelulusan).So, jangan takut dan ia selamat untuk digunakan, cuma kita sebagai pengguna perlu tau cara penggunaan yang betul dan bijak.
Comments